Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Showing posts with label SHARING MY FEELINGS. Show all posts
Showing posts with label SHARING MY FEELINGS. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

Selamat Pengantin Baru Abangku ~

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Sekadar sebuah coretan ~

Arghh..Xleh tahan..Sob2x!

Rasa nak terbangkan diri ke kota tinggi terus..

Intai2 keadaan rumah dari jauh~ Tengok dari google map pun jadilah..

Nampak bumbung rumah je...Hurmm~...Siap nampak kanopi dah terpasang kat depan rumah..mesti meriah kat sana.. Hurm :(

Sedihnya..Masih disini keseorangan..Adik beradik yang lain dah pakat kumpul..

Baru lepas kuiz Multivariable Calculus..Ntah ditenyeh ape je kat paper tu tadi..pasrah la..Hurmm..

Tadi,tengah menjawab,x sedar air mata meleleh..Haish! Main emosi betul lah..Awatnya x nak berenti air mata ni...Bukan nak membantu..Makin mengembangkan paper quiz tu adalah..

Habis kelas..Xde feeling nak tegur orang lain dah..Layan perasaan~Phone sentiasa genggam~

Call abang,adik,kakak,semua call..

Dengar suara abang angkat call,lidah jadi kelu..Tetibe melalak kat depan bas~ Aish! Buat malu je!

Mandilah handset dengan air mata ~ Buruk bebenor~ Last2 sampai abang tenangkan..Hurm..

Dah sampai rumah.. Bedal bakso semangkuk + 2 blueberry tart + sebungkus kerepek pisang <== Beli kat KHAR town.. Lepas tu.. Baring seperti diatas..

Sedap2 melanding tanpa gangguan..Tup2 ada semangat datang dengan TETIBE..Alahai..Esok balik! Ape nak sedih.. :)..

Ape tunggu lagi..berkemas untuk balik~~ Lalalala~ Ntah yang nak dikemas pun xtau hape benda..

So,buat abang saya, Mohd Sukri dan kakak ipar baru, Nor Suhanah..
"SELAMAT PENGANTIN BARU"
Semoga masjid yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya..~

Aishman~ Lupe! Hadiah xbeli lagi..Xde idea nak kasi ape..Any idea?Meh share..

Ahakz!..Dah habis dah pun..Hanya secebis entry ringkas..Okay..Mau out..ada group discussion jap lagi..

p/s : Esok balik kota tinggi..doakan saya selamat sepanjang perjalanan & sampai ke destinasi yang dituju :)

Saturday, September 17, 2011

HeNtiKanLah AiR MaTaMu ItU ~

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi atas segala limpah nikmat yang diberi.. Kadang kala ALLAH uji kita dengan dugaan yang kita sendiri rasa tak tertanggung.. Hidup sebagai manusia yang bergelar hamba memang tak terlepas dengan ujian.. Dalam usaha diri untuk belajar bertatih, adakalanya kita jatuh terduduk.. Dikala diri menguatkan kaki untuk mula berlari,terkadang jatuh tersungkur tanpa siapa simpati.. 
Begitulah kehidupan...Oleh itu, entry kali ni sekadar perkongsiaan untuk semua..Mari sama-sama kita membaca dengan penuh penghayatan.. :)



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis di atas buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu.”

Anak muda itu menjawab, “Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku.”

Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali!”

Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, "Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku.”

“Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.

Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku?”

“Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan..
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..
~Hamka~

Biarkanlah CINTA tak berbalas, bila memang harus ku nikmati CINTA hanya sebatas mimpi..
Bangkitlah wahai diri..Usah bersedih atas apa yang terjadi..Sedarlah wahai diri, ada banyak hikmah yang tersembunyi disebaliknya yang tidak dirimu sedari.. Dan belajarlah untuk senyum kembali..

Sekian..Wassalam..

Friday, May 6, 2011

Bila Rasaku Ini Bukan Lagi Rasamu~


Bila saya kata hati saya pedih..
Saya benar-benar mengatakannya..
Macam mana saya nak biarkan sakit ni berlalu?
Masih terasa..
Air mata menyokong segala tindakan hati..
Argghh.. sungguh tak difahami..
Kenapa mesti begini?
Gembirakah melihat keadaan begini..
Tak pernah dirasa sepedih begini..
Belajarlah untuk menerima hakikat..
Mulut memang pandai berkata..
Lakukanlah..
Tapi..Hakikat itulah yang terlalu menyakitkan..
Kenapa mesti berlaku kepada diri ini?

Wahai hati~
Tersenyumlah kembali..
Jiwa ini mengharapkan hati kembali tersenyum seperti dahulu..
Andai bibir sahaja tersenyum, tapi tidak hati..
Patutkah itu?
Satu penipuan yang sengaja dicipta..
Penipuan kepada mata yang melihat..
Melihat sesuatu yang tersembunyi di hati..
Tanpa membiarkan mata kasar yang memandang mentafsirkannya..

Tuesday, May 3, 2011

ToDay I Am SaD ~


Gugur lagi air mata ni tanpa dipaksa..
Pedih yang dirasa begitu mengigit-gigit tangkai hati..
Kepastian yang harus diterima..
Benarkanlah saya menangis..

Wahai hati ~ 
Menangislah…
Menangis sepuasnya..
Lepaskan apa yang terpendam..
Luahkan apa yang dirasa..
Buatlah apa yang di suka..
Ikutlah kehendak..
Call banyak-banyak kali sehinggakan puas walaupun satu pun tak berjawab..
Buatlah sampai keletihan..
Tiada siapa menghalang..

Terima kasih buat insan yang pernah disayangi..
Dan selamanya disayangi..
Pastinya xakan pernah berubah sayang itu tetapi keadaan saja yang bakal membezakannya..

Terima kasih kerana memberi kepastian kepada saya..
Kepastian yang membuatkan gugurnya butir-butir air mata ni..
Kepastian yang lama saya nantikan..
Akhirnya awak luahkan jua..

Thursday, April 14, 2011

ImBauAn ZaMaN KaNak-KanAk ~


Budak-budak yang lahir pada tahun 80-90'an mesti ingat mase sekolah rendah dulu :



- kat sekolah ade salesman jual buku cerita. hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau.


- salesman susu pon camtu gak.



- kat library, budak2 memang baca buku tapi just tengok gambar je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku..




- RMT kat sekolah makan x best, tp yg berduit pon join RMT, x paham....



- time rehat pon kadang² bukan gi makan..ada yang main kejar² la..


- xpon time paling best beratur panjang nak gosok gigi dengan kehadiran nurse bawa replika gigi..tu pon time kita darjah 1..iye² la ke'poyo'an kita menyerlah ikut nurse gosok gigi..



- time xbest gigi rongak..ada je benda nak patah..haha!!!


- pakai pensel box yang boleh bukak depan belakang, pastu ade sharpener kat tengah2 dy.


- guna pencil kaler paling femes..luna,swan..kusyuk kaler buku kaler katun jepon bg yang pompuan la..haha!


- main lawan pemadam, sayang nak guna untuk padam. mesti banyak collection pemadam la time tu,paling femes pemadam ntah macam² negara. padahal fungsi sebenar, untuk padam!


- pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam ade air pastu ade bende berkilat (gold dust) dalam air tu.


- cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tengah2 tp x penah nampak cikgu pegang pon kat situ.


- bulu ayam jadi ramping sebab sering dijadikan rotan.


- time pendidikan seni, lukis sume boleh tapi bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...


- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. apa yg femes time tu brick game pakai bateri..susun block..mesti tiap bebudak..ada nyer.. tak pon main kad 'Donkey' laa..Happy family laa..carik ahli kuarge yg hilang..kuikui! "one happy family at home!"..egege~


- budak pompuan pulak kompom beli "pompuan kertas" yang harga dia 10sen-20sen sekeping..potong² lekat dengan baju dia..buat ganti barbie laa time tu..putus kepale beli baru..kahkah~!


- jam tangan Boy London jadi idaman, sebab boleh tukar 2 kaler ikut suhu & cuaca.


- takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...tunjuk sapa punye parut lagi besar! mengong~!hahaha..tapi time kitaorg x kena pun :P


- balik sekolah beli JoJo xpon Dingdang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat dy x makan pon.


- Kasut berlampu kat tapak, yang iklan dy kat tV boleh tembak alien tu...


- Siri kartun ; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban,Tomatoman dan mcm lg.

banyak lagi kot sebenarnya boleh nak di"flashback"kan ape zaman kecik-kecik dulu..tapi kalau cite pun takut x terbaca pulak kang..papepun jangan lupe sume ni sebab zaman sekarang budak2 x sempat layan bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

p/s : bukan xde keje..cume sakit kepala ngadap buku saje2..lagi2 menjelang final exam ni kan..so, layan blog la ape lagi  kasi otak ni bernafas jap..^_^


PeRteLinGkaHan HaTi


Kadang-kadang hati salah menduga.. Fikiran menyokong membenarkan apa saja.. Emosi turut sama mengorak kata.. Melakukan sesuatu yang tak terduga.. Bukan kerana cemburu buta.. Hanya perbincangan yang dapat menyelesaikannya..Maaf atas segalanya..Thanks for understand me..Just wanted you to know..A part of me will always miss you...

~ Sekadar cebisan rasa ~

Sunday, April 3, 2011

AiR MaTa SeoRanG WaNiTa ~


Seorang perempuan takkan mudah menangis kalau bukan kerana sayang. Air mata tu bukan mewakili benci tetapi juga sayang. Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut.

Wednesday, March 9, 2011

MaaFkan DaKu WaHai SahaBaT~~


Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang melihat luka di mata kita ketika orang lain sedang tertipu oleh senyuman yang kita hulurkan ..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang paling kita percayai dan mampu untuk kita meluahkan segalanya tanpa rasa kesangsian dalam diri..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang sanggup melayan gelak tawa, melayan tatkala kegilaan diri melanda, bersama-sama mengejar kejayaan..bersama-sama melakar impian yang tak sudah-sudah diangankan..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang mampu untuk membuatkan diri tersenyum tatkala merasakan diri tak mampu lagi untuk tersenyum..

dan

Kita juga perlu sedar..
dalam persahabatan kadangkala tak terlepas dari terasa hati..
dalam persahabatan jua kadangkala tak terlepas dari kedinginan keadaan..
semua yang dirasakan buat diri rasa serba salah..
mencari-cari akan kesalahan sendiri..

sahabat..
maafkan aku..andai tingkahku melukakanmu..

Sahabat..
maafkan aku..andai tutur kataku menyakiti hatimu..
kadang kala aku tak sedar akan keterlanjuran tingkah serta tuturku itu..

benarlah,

“perkataan itu seperti ubat, jika sedikit berkata-kata memberi manfaat, jika terlalu banyak berkata-kata, nescaya membunuh”
~amru~

Oleh itu sahabat..
ingatkan aku untuk menjadi seorang sahabat yang baik..
usah diharapkan kesempurnaan dari diriku..
kerana..
aku tak sesempurna yang kamu harapkan..
terimalah seadanya aku..


seorang sahabatmu  yang hanya manusia biasa..

sahabat..
perlu kau tahu..
aku berbangga akan adanya kamu disampingku..
adanya kamu yang akan mengingatiku..
adanya kamu yang sentiasa menasihatiku..


"sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan, 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 pengorbanan, serta berjuta-juta perjuangan atas satu keikhlasan kerana ALLAH..
andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah ia di atas batu, agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah..
dan andai seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia diatas pasir, agar ia hilang ditiup angin kemaafan..

sahabat..

still remember this?

"Friendship is like peeing your pants, everyone can see it, but you can feel it.."


Emm..
Would you like to be the pee in my pants?
If  “YES”..thanks for being the pee in my pants..

p/s : don't make my life silence without the sound effect from ESTIMA,KERETA API and also ALPHARD ok..

Saturday, March 5, 2011

DaH StaRt DaH~

Keasyikan yang melampau melanda diri..akhirnya, pencarian selama ni berhasil..tak sia-sia je usaha mencari..usaha?of coz la..jelajah mana tempat yang jual buku even kat sekitar UPSI ni je..tapi puas hati tetap dirasai..huhu

yeye!!yeye!!dah dapat!!dah dapat!!


hehe...akhirnya novel ni jadi hak milik hakiki diri ini..
"CINTA DARI ISTANA"

bukan tu je..


ni juga jadi milik diri ni yang sah..haha..
opss!!..mak..anak mak x bazir duit k..:)

ada lagi yang berkenan kat hati..baru baca sikit kat "PENULISAN 2 U"...masih usyar2..tapi harga dy boleh buat diri ni x makan seminggu pulak kang..^_^


tengok respons dyorang2  kat "KELAB PEMINAT NOVEL"..jadikan diri ni x sabar nak memiliki..tapi..masih bersabar..

ada lagi satu..minat hasil karya dia ni..
karya
"SITI ROSMIZAH" 

kalau dulu novel "ANDAI ITU TAKDIRNYA" dah buat diri ni meleleh je air mata..
yang ni maybe..


so, novel ni x usaha lagi nak dapatkan..tunggu kewangan stabil sikit..huhu..
kalkulator baru lagi penting lina!..
opss..ada kena mengena ke?
ada..duit terbang beli kalkulator xpe..hehe

juz excited dah dapat novel pilihan hati..baru je bukak sampul dy tengah hari tadi..
even dah 3 hari beli..
then, balut elok2..dah balut..nak baca..
tapi..
xmo..xmo..assignment statistics x settle..
terbantut hajat nak sambung baca..
tutup balik..tenung jap..
then,terus simpan kat rak buku..
masa x mengizinkan..
huhu..rasa sadisnye..

ish2..ape merepek petang2 ni..
dah r..xmo cite panjang..t ada yang jeles..

p/s : kak ana..xmo jeles k..nak baca CINTA DARI ISTANA ni, tunggulah kepulangan adikmu ni ye..kui3

Tuesday, March 1, 2011

GeNg BeDaK SeJuK (GBS) ~~


salam satu malaysia..:)..dah lama x tulis entry dalam blog..so, nak mula cam beku pulak otak..lagi2..assignment masih lagi membelenggu diri..especially PBL 3..pening kepala den..@_@..haha..ok..masuk tajuk..geng bedak sejuk..tau bedak sejuk tu ape?

Kalau x tau..ni la bedak sejuk..

nak pakai macam mana?pun xtau juga ke?

Pakai camni boleh..

Macam gini pun lagi boleh..
comel kan??..suka hati nak tepek kat muka ke..nak tepek kat seluruh badan pun xde orang nak marah..kan3..tengok budak kecik kat atas..relex je..pic anak sape aq curik ni..pinjam jap eh..^_^..haha..

eh, tengok~ dah start merepek xde faedah..saje je..kan dah kata..otak beku..tengah nak cairkan la ni..


yeye!!let start our story..


sedang sedap2 menikmati ice blog kat KAB..
dapat mesej best..
"geng bedak sejuk.....bla3"
aik..salah send ke pe?

geng bedak sejuk?
siapakah?..aq ke?musykil ni..
ira dah gelak..
walawey..
team futsal la lina..
yeke?..asal aq baru tau..lambat betul la..
aq rasa, aq kot orang last yang tau nama team sendiri ni..
dah tau,mau tercekik aq dengan bubble tu..rasa cam tertelan katak hidup pun ada..krok!!..krok!!..krokkk!!..
xhabis gelak lagi even dah kat dalam bus nak balik KHAR..masih teringat2 lagi..geli hati dengan nama tu..

"GENG BEDAK SEJUK"
singkatan "GBS"
perghh..feminin giler..
walawey..meletop jap rasa..haha..

dah tau nak ada perlawanan..kitaorang ni yang dah terang lagi bersuluh seseorang yang kaki bangku..
makanya..kami perlu practise la..belajar sepak bola..
pagi2 ahad..x pernah2nya nak turun exercise..keajaiban berlaku..kitaorang turun..
terbaik la beb..
nangis syahdu lemak2 aq yang selama ni dah diternak dengan jayanya..
erkk~~ada lemak ke?haha


see..kitaorang belajar tendang2..
coach yang tegas tengah perhatikan kitaorang..
garang tau!!

bersemangat aishah..

ayyyyah!! belajar tahan bola..
al maklumlah kami kan GBS ..
"Geng Baru Study"
aik..suka hati aq bagi nama baru..huhu

Negaraku~

tengah syok2 main tendang2 bola..tetibe je lagu Negaraku berkumandang..
aik..pepagi lagi dah pasang..automatik kitaorang berdiri tegak cam tiang..hormat!!
Geng Budak Smart..suka hati aq lagi..
apapun negara didahulukan..huhu..


pepetang jumaat & sabtu latihan lagi..
seronok pulak rasa..
ahad..masanya telah tiba..
meh berkenalan dengan ahli GENG BEDAK SEJUK dulu..

ni la Aishah..tengok action pun dah tau pe keje dy..
jadi goal keeper..tangkas giler dy capai bola..kawal bola xmo bagi pihak lawan bolos..

ni Adah..penjaring bola pertama untuk team ni untuk game yang ke-3..

ni pulak Zu..penjaring bola game ke-3..pengepit bola terbaik..

ni Lin..ternganga sikit mulut tengok dy sepak bola..dy sepak best..teruja tengok!

next ni..Ira..bab tendang bola jauh..pas kat dy..hehe

next lagi..ni Aslah..kaki cam ada gam!..pandai je lekat bola kat kaki..x kasi pihak lawan curik..haha

okey..yang ni Nabilah..suka sepak bola kaki capai tahap 90 degree..huhu

last sekali..ntah sape..x pasti la..yang dy tau nak tahan bola,tapi asyik boloskan bola tu je..terlebih action sudah..hehe..

okey..dah cukup dah introduce..
mirmo..mirmo..mirmo zibang!!
chinnngggg...

kami bergabung!!
"GENG BEDAK SEJUK"

meh tengok aksi-aksi pada hari kejadian okey!

Aksi merebut bola..

teringat aksi tengah-tengah main..memandangkan semangat tengah berkobar-kobar..x perasankan goal keeper..konon nak defend bola pihak lawan la dari  masuk goal..tapi terlebih action suda..pegi kepit kepala aishah yang excited nak rampas bola dengan kaki aq ni..sorry sya..x sengaja k..terganas pulak..huhu

KEjar!!

excited dyorang kejar mengejar..sebijik bola kena perut..aduss!!..senak terasa..dari lapo terus kenyang..power giler penangan bola tu rupanya..

Practise bola tonjol nampak..

satu lagi kes..aksi goal keeper baling bola dengan berapinya..tanpa sedar..terkena kepala zu..cenoneng dah zu @_@ macam ni..hehe..dah main tonjol2 bola pulak jadinya..huhu..

nabila : ishh...berdebar je rasa ni..cam nak gugur jantung  [sambil pegang jantung dy]
ira : cool la..buat2 tau je..

Go GBS!!
bersemangat!


okey..dah penat main..pancit rasa..kurang stamina..hehe
lepas dah 3 games..
1st game...kalah 0-3..almaklumlah..masih belajar..xpe..xputus asa..
2nd game..seri sudah..so cam puas hati r..x de r bola pihak lawan bolos  goal..
3rd game..last..enjoy2 sudah..dah tau x pegi final..heppy je muka..dengan ketidakpercayaan itu..kami bolos 3 bola di gawang pihak lawan..wakaka..suka2..

Cheese!!

ok..games kitaorang dah habis..menang kalah kitaorang x kisah dah..yang pasti enjoy!!
bak kata dyorang..kalau kalah-kalah pun..jangan kalah teruk..
so, kitorang dah buktikan..x teruk la..
penat~.. tu je la yang dapat diungkapkan..
majlis penutup, aq & ira terpaksa balik dulu..mau pegi Stadium Proton City pulak untuk perbarisan KEJORA..huhu..

ENJOY..release stress..tu yang dapat rasa..
pesanan buat GBS & coach..thanks korang sume.. 
kami bawa semangat AT48!!
dah habis dah story GBS ni..meh chicken dance sesame..
music plezz...
ENJOY!