Bila saya kata hati saya pedih..
Saya benar-benar mengatakannya..
Macam mana saya nak biarkan sakit ni berlalu?
Masih terasa..
Air mata menyokong segala tindakan hati..
Argghh.. sungguh tak difahami..
Kenapa mesti begini?
Gembirakah melihat keadaan begini..
Tak pernah dirasa sepedih begini..
Belajarlah untuk menerima hakikat..
Mulut memang pandai berkata..
Lakukanlah..
Tapi..Hakikat itulah yang terlalu menyakitkan..
Kenapa mesti berlaku kepada diri ini?
Wahai hati~
Tersenyumlah kembali..
Jiwa ini mengharapkan hati kembali tersenyum seperti dahulu..
Andai bibir sahaja tersenyum, tapi tidak hati..
Patutkah itu?
Satu penipuan yang sengaja dicipta..
Penipuan kepada mata yang melihat..
Melihat sesuatu yang tersembunyi di hati..
Tanpa membiarkan mata kasar yang memandang mentafsirkannya..