Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Wednesday, March 9, 2011

MaaFkan DaKu WaHai SahaBaT~~


Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang melihat luka di mata kita ketika orang lain sedang tertipu oleh senyuman yang kita hulurkan ..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang paling kita percayai dan mampu untuk kita meluahkan segalanya tanpa rasa kesangsian dalam diri..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang sanggup melayan gelak tawa, melayan tatkala kegilaan diri melanda, bersama-sama mengejar kejayaan..bersama-sama melakar impian yang tak sudah-sudah diangankan..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang mampu untuk membuatkan diri tersenyum tatkala merasakan diri tak mampu lagi untuk tersenyum..

dan

Kita juga perlu sedar..
dalam persahabatan kadangkala tak terlepas dari terasa hati..
dalam persahabatan jua kadangkala tak terlepas dari kedinginan keadaan..
semua yang dirasakan buat diri rasa serba salah..
mencari-cari akan kesalahan sendiri..

sahabat..
maafkan aku..andai tingkahku melukakanmu..

Sahabat..
maafkan aku..andai tutur kataku menyakiti hatimu..
kadang kala aku tak sedar akan keterlanjuran tingkah serta tuturku itu..

benarlah,

“perkataan itu seperti ubat, jika sedikit berkata-kata memberi manfaat, jika terlalu banyak berkata-kata, nescaya membunuh”
~amru~

Oleh itu sahabat..
ingatkan aku untuk menjadi seorang sahabat yang baik..
usah diharapkan kesempurnaan dari diriku..
kerana..
aku tak sesempurna yang kamu harapkan..
terimalah seadanya aku..


seorang sahabatmu  yang hanya manusia biasa..

sahabat..
perlu kau tahu..
aku berbangga akan adanya kamu disampingku..
adanya kamu yang akan mengingatiku..
adanya kamu yang sentiasa menasihatiku..


"sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan, 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 pengorbanan, serta berjuta-juta perjuangan atas satu keikhlasan kerana ALLAH..
andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah ia di atas batu, agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah..
dan andai seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia diatas pasir, agar ia hilang ditiup angin kemaafan..

sahabat..

still remember this?

"Friendship is like peeing your pants, everyone can see it, but you can feel it.."


Emm..
Would you like to be the pee in my pants?
If  “YES”..thanks for being the pee in my pants..

p/s : don't make my life silence without the sound effect from ESTIMA,KERETA API and also ALPHARD ok..

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment