Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Saturday, May 7, 2011

Kenapa Wanita Mengandung Akan Mengidam?


Assalamualaikum & hye semua..

Selalu sangat kan kita dengar kebanyakan perempuan yang mengandung mesti akan mengidam.. Ada pernah terfikir tak kenapa mengidam tu berlaku? Ramai yang suka buat kesimpulan bahawa tu hanyalah pembawakan budak, sengaja mengada-ngadalah dan segala macam la.. Dan untuk pengetahuan semua saya tak kahwin lagi..Tapi nak buat juga entry ni..Tak salah kan?..So, kalau tanya pengalaman mengidam camne jangan tanya saya la..Huhu..Entry ni sekadar olahan daripada apa yang diketahui untuk dikongsi pada semua.. J

Ok..Sebelum saya kongsi kepada semua kenapa wanita mengandung akan mengidam, kita selami dulu apa maksud sebenar disebalik mengidam tu.. Untuk pengetahuan semua mengidam ni adalah satu isyarat tubuh badan akibat daripada kekurangan zat tertentu.. Tak terang lagi? Ok.. Sebagai contoh, bila seorang wanita tu mengandung ada yang mengidam nak makan makanan yang manis-manis, dalam hal ni ianya membawa maksud wanita tu sedang kekurangan gula dalam tubuhnya.. Situasi lain pula, bila dia mengidamkan ikan pape la, ni bermakna dia kekurangan protein didalam badan dan mengidam itu dijadikan sebagai isyarat semata.. Macam mana, faham tak apa yang saya terang ?

Ok.. Saya pergi kepada persoalan kita tadi.. Kenapa wanita mengandung akan mengidam? Ada pendapat yag mengatakan mengidam ni berlaku disebabkan oleh hormon Human Chorionic Gonadotropin (hCG) yang dikeluarkan oleh induk telur. Hormon ni berfungsi untuk mempertahankan kehamilan dengan cara menghasilkan progesterone yang diperlukan ketika hamil muda, sebelum plasenta dapat menghasilkan hormon. Tetapi pada ketika usia kandungan memasuki usia 4 bulan ataupun 17 minggu, fenomena mengidam ni biasanya akan menurun dan boleh jadi terus hilang. Hal ini kerana didapati plasenta telah terbentuk dengan sempurna sehingga induk telur tak perlu lagi menghasilkan hormone hCG.

Semua ke wanita mengandung mengidam terhadap makanan? Jawapannya tak semua wanita mengandung ni mengidam terhadap makanan.. Sebab apa tak semua? Sebab ada je wanita mengandung yang mengidam nak makan sabun, makan tayar, makan tanah, makan ubat gigi atau benda-benda lain yang bukan makanan.. Kadang-kadang pelik juga tengok mereka ni.. Bagi yang tak pernah mengalami pastinya akan terdetik di hati, “buang tebiat ke ape nak makan sabun segala”.. Bila difikirkan geli hati rasa..J.. Ok, tak nak komen lebih.. Mana tau time saya nanti buang tebiat ni juga yang dinakkannya..Haha..Minta simpang..Ok..Kita sambung..Kalau semua nak tau jenis mengidam yang tak lazim ni biasanya disebut dengan Pica Craving atau dalam bahasa latin, pica tu maksudnya burung magpie..Apa kaitan dengan burung ni? Sebenarnya burung ni adalah sejenis burung yang suka makan apa saje J..So,sama la..Tak gitu?

Dah penat ke baca? Nak tambah lagi ni.. Tau kenapa terjadi pica craving ni? Menurut Journal of American Dietetic Association seperti yang dimuat dalam www.americanpregnancy.org didapati tubuh wanita mengandung tu sedang mengalami kekurangan zat besi. Pica sangat membahayakan kepada wanita mengandung dan janin. Sebab apa bahaya? Sebab zat kimia yang terkandung di dalam benda-benda tu akan ikut tertelan.. Faham? Ok.. Nak tambah lagi, jika ada yang mengalaminya, dinasihatkan segeralah jumpa doktor ye.. J

Setiap penyakit pasti ada ubatnya.. Kalau tak ada ubat pun mesti ada cara yang boleh kurangkan kan?.. So, nak kongsi lagi, bila apa yang diinginkan ni tak sanggup nak bertahan lagi, cubalah makan makanan yang manis macam coklat ke..Tapi!!..Jangan berlebihan.. Bila tengah-tengah malam mengidam nak makan makanan yang susah nak dapat waktu tu, cubalah mengatasinya dengan berkumur menggunakan cecair mouthwash..Percayalah, rasa cecair tersebut boleh mengurangkan keinginan untuk mendapatkan apa yang diidamkan tu.. Selain tu, banyakkan minum air masak dan pilihlah makanan yang menyihatkan.. Bila terasa nak sangat makan aiskrim yang didapati banyak terkandung gula, cuba gantikannya dengan makan yogurt..Kan sedap juga tu J.. Ada lagi..Jangan lewatkan sarapan pagi.. Sebab bila perut kosong pepagi hari akan membuatkan keinginan nak makan apa saje tu timbul..


Okay..dah nak habis dah.. Ni semua sekadar perkongsian yang saya baca sebab nak tau sangat kenapa wanita mengandung mesti akan mengidam.. Sebab apa persoalan tu timbul sebenarnya daripada kakak saya sendiri..Pagi-pagi call semata-mata nak tanya pasal patung Garfield yang dah lama rasanya kena buang dengan saya dulu.. So tetibe je minta patung sampai terdengar  ura-ura nak menangis ye disitu.. Siap diceritakan lagi niat beli patung kucing kat pasaraya besar mana tak tercapai sebab tak dapat scan harga.. Simpati jap.. Mungkin dia terkilan sebab tu, so cuba dapatkan patung Garfield yang dah kena humban dengan saya tu.. Huhu.. So, buat kakak saya.. Jangan la mengidam camtu sekali.. Pelik tau.. Huhu.. Oklah.. Kesimpulannya, wahai ibu-ibu mengandung sekalian..Cewah..Walau apapun usahakan diri agar jangan sampai mengidam sesuatu yang membuatkan zat anda terganggu ye.. Asalkan jenis makanan yang dikehendaki tu masih wajar jenis dan jumlahnya serta tak memberikan kesan negatif pada kandungan.. Dan kena fikirkan juga agar apa yang diidamkan tu tak menyulitkan diri sendiri serta orang lain..Ok..Selesai..Fikirkan serta renung-renungkan..Sekian saje..TQ..:)

3 comments:

  1. nasib baikle cayangku tak idam bukan2 masa mengandung..ops dh kawin rupanya aku ni..hik...hik..apapun selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  2. salam awk saye dah jadi follower awk nanti jangan lupe follow blog saya pulak tau =) chentahati19.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tak de mengidam time pregnant kan Maisarah. hanya time sarat je hari-hari nak makan karipap pusing yang kat bazar ramadhan.heee. alhamdulillah dapat berpuasa penuh time pregnant kan dia :)

    ReplyDelete