Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Friday, May 6, 2011

SuKarKah MemaHami Hati WaNita?


Assalamualaikum & hi semua ...

Dah lama nak tulis entry ni..tapi tak menyempat..now..bila tak ada benda nak dibuat dah..so,ape lagikan..mulalah tangan ni gatal nak updated blog yang lama dah rasanya bersawang..Ok..Straight to the point je la ye..Kadang-kadang terdengar juga lelaki merungut..Insan yang bergelar wanita ni sangat sukar nak difahami..Betul ke?yeye oo je..Sebagai perempuan kadang-kadang rimas juga dengar statement macam tu..So,meh nak kasi terang..Tapi sebelum tu..Layan iklan selingan ni dulu..Hope you all enjoy :)

Situasi 1 : 
Laki talipon bini,
Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet…
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk… Lari tido bilik sebelah….
Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii….
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa…
Tapi belikan je la apa-apa….
Kalau abang beli apa-apa kita makan jeee….
Eh, bini aku ni… Yang mana satu ni?
—————————————————————–
Situasi 2 : 
Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kambeng baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kambeng…
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suruh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kambeng!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
—————————————————————-
Situasi 3 :
Abang ni, kalo dudok rumah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii….
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta…
Bila dah siap, kuar bilik…
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa…
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
—————————————————————-
Situasi 4 : 
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang….
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
—————————————————————-
Situasi 5 : 
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker…
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
—————————————————————
Situasi 6 : 
Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….
Nak bagi pakai baju mana ni Yang…? <— laki tanya
Alah abang ni… kan baju anak ada 8 bakul tu…
pakaikan jerlah baju mana-mana pon…
bukan ada org nk tengok ponnn…
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…
———————————————————-
Amacam?puas dengan iklan-iklan yang di kongsi..enjoy tak?pernah mengalami sendiri?iklan-iklan tu dapat dari emel..dah lama dah..memandangkan ada kaitan dengan entry blog kali ni..so paparkan sebagai selingan..Kadang-kadang kesian juga dengan lelaki..kalaulah dapat bini macam ni...nah hambek!! pe rasa??huhu..
Okey..kita sambung semula..Wanita ni sebenarnya memang insan yang sukar untuk difahami jika kita sendiri tidak memahami wanita itu. Bagi saya, rumit untuk bercerita mengenai wanita sehinggalah kita kenal siapa wanita terbabit.. Kenapa? Tak faham lagi? Meh saya terang lagi..
Wanita ni ada sifat-sifat dia..pertama sekali,wanita ni memang sensitif orangnya..Lagi-lagi masa kembar dia datang melawat tiap-tiap bulan..Hangut je..Huhu..Semua serba tak kena..Kadangkala tanpa disedari mudah juga wanita mengalirkan air mata..Untuk sebab yang kadang kala tak dia sendiri pasti..Bukan bermakna wanita sensitif ni dia suka sangat merajuk..Kalau merajuk pun, janganlah dicop mereka ni mengada-ngada...Dia bukan minta pujuk lebih-lebih pun..Tapi apa yang dia nak ialah perhatian dan sifat ingin bermanja..Tu je..
Lain dari tu, wanita ni sifat cemburu dia lebih sikit.. Tanya je la mana-mana orang.. Sifat cemburu tu kadang kala datang tak terduga..Kadang-kadangada wanita ni sanggup jadi stalker semata-mata untuk insan yang dia sayang..Saya tau ada yang rimas dengan cemburu wanita ni..Tapi.. Sedarlah..Cemburu tu lah yang menunjukkan sayang..betul tak?

Ok..Kita teruskan lagi.. Wanita ni ada je cerewet dia.. Mungkin tu salah satu punca wanita di cop sebagai seseorang yang sukar untuk difahami hatinya..Ok..Nak jelaskan..Cerewet wanita ni bukan bermaksud dia ni fussy tak tentu hala..Tetapi..Apa yang mereka inginkan lelaki ikut kata-kata mereka sekali sekala..So, tak salah kan sekali sekala je? Layankan je karenah mereka mana yang termampu..

Ada lagi..Sifat lemah lembut dan naluri hati yang halus ni memang tak dapat nak dipisahkan.. Wanita ni boleh juga kita nak ibaratkan seperti sutera..Halus,cantik, mulus, lembut dan segala la..Tapi kena ingat, lembut-lembut sutera pun mudah tercarik dan terkoyak kan..So, dapat bayang tak? Ok.. Meh terang lagi, dalam satu situasi, walaupun seseorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan sebagai pengajaran dan bukan dendam ye :).. Garang-garang wanita pun pasti terselit sifat kelembutan dan kehalusan disitu..

Ok..Sambung lagi..Jangan pura-pura tak tahu..Sifat manja sudah terlalu sinonim dengan wanita..Walaupun dia seorang wanita yang pandai berdikari sekalipun, naluri seorang wanita tetap juga seorang wanita..Suka bermanja..Kemanjaan mereka bukan hanya pada insan yang bernama lelaki namun sesama kaum sejenis mereka..Tambah lagi dengan wanita penuh dengan sifat ikhlas..Kenapa? Tak percaya dengan keikhlasan wanita? Tak perlulah nak diragui keikhlasan wanita..Lihat saje emak kita.. Terjawab kan ? :)


Wanita ego? Camne nak kelaskan seseorang wanita tu ego? Tak tau nak cakap camne..Tapi yang pasti, setiap wanita pasti ada egonya yang tersendiri..Kadangkala seseorang wanita sanggup menolak egonya ketepi semata-mata insan yang dia sayang..Tak percaya? Saya pernah mengalami.. So, tak usah dipertikai.. :)


Penat dah baca? Nanti dulu, ada lagi..Wanita ni seorang yang sangat prihatin.Prihatin dari segala segi..So,jangan tak tau, mereka sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam..Mereka juga sanggup berkorban demi insan yang mereka sayangi..Yang paling dekat untuk kita lihat, pastinya emak kita..Everythings yang mereka lakukan untuk kebahagiaan diri kita..Setuju tak?Ok.. 


Sebenarnya banyak lagi, tapi ni betul-betul last..Cinta wanita..Cinta pertama bagi wanita dikatakan cinta yang paling dalam dan tulus .. Saya mengakui hakikat ni.. Tambahan lagi, cinta wanita kadangkala merumitkan.. Sebab ape? Wanita begitu mudah untuk jatuh cinta dengan lelaki yang prihatin serta mengambil berat terhadap mereka.. So, kadangkala mereka tak dapat nak membezakan antara persahabatan dan percintaan. Oleh itu, lelaki kena pandai la melayan wanita seperti seorang sahabat saje ye .. Andai kata timbul kemesraan dalam persahabatan tersebut, teruskan tak salah tapi kena beringat! Kemesraan tersebut bukan dengan mempermainkan perasaan mereka..


Okay..dah nak habis dah..Pandangan ni mungkin betul atau mungkin juga tidak..Bergantung kepada penerimaan sesetengah pihak.. Tak semua yang saya kongsi ni dapat diterima kan..Persoalannya terletak pada diri anda sendiri, sukarkah memahami hati wanita? Jika terasa sukar memahami hati wanita, sukar lagi rasanya memahami hati lelaki..  Apa yang saya perkatakan ni bukan hanya wanita yang bergelar kekasih, malah ibu pun tergolong dalam kategori wanita juga kan..Kesimpulannya, wanita ni insan yang penuh dengan banyak perkara yang tersembunyi..Pada luarannya kita nampak mereka lemah lembut dan penuh dengan sifat keibuan..Tetapi jangan disangka mereka tidak boleh menggegarkan dunia..Fikirkan serta renung-renungkan..Sekian saje..TQ..:)

10 comments:

  1. assalam...hehehe.saya salah sorg yg tak memahami kehendak perempuan...ditanye lain, dijawab lain....kdg2 susah nak tangkap apa perempuan nak...tp pokok pangkal mmg perhatian laa perempuan nak kan?...susah nak detect kdg2...suka perempuan yg straight forward jer...tp mana ada pempuan camtuu...huhuhu

    Terbaru►News : Oil Prices UP Don't Worry

    ReplyDelete
  2. wassalam..so penah merasa kesukaran memahami perempuan la ni..hehe..ok..tu la hakikatnya perempuan..tunjangnya dy nakkan perhatian..tapi bile dah kasi perhatian lebih..mula rasa lemas lah, rimas lah..ntah pape..sebenarnya, perempuan sendiri pun tak tahu ape yg dy nak..huhu..lagi satu, susah nak tangkap ape perempuan nak kan? sebab..perempuan ni suka sangat berkias..nak cari yg straight agak susah..maybe ada..tapi belum jumpa lg kn:)

    ReplyDelete
  3. salam hye... rajin update blog ya..

    ReplyDelete
  4. wasalam..hye nabilah..alhamdulillah..cuti dah start..tu yang menyempat nak updated..:)

    ReplyDelete
  5. haha ..tak susah nak faham perempuan ^^

    ReplyDelete
  6. nelly..tak susah? hehe..tak susah sebab dah tahu teknik nak menambat hati perempuan..camtu?

    ReplyDelete
  7. Nasib baik iklan² tu ada.. Bertambah enjoy nak baca entry sepanjang 15inci ni.. hehehe.




    Harap² dapat isteri yang mudah faham dan jugak mudah difahami aminnn.. ;)

    ReplyDelete
  8. menyempat lagi ukur 15 inci..hehe..nape?takde iklan tu mesti ngantuk nak baca ye?papepun..semoga harapan tu dimakbulkan ye..insyaALLAH..amin~

    ReplyDelete
  9. hehehe... kadang2 memang susah nak faham prmpuan ni.. kena kenal lama la baru dapat catch up sket ngan prangai diorang...
    hehehe...btw, dah follow ye...

    ReplyDelete
  10. apepun yang penting, kenal mereka baru mudah faham mereka..thanks follow..i'm follow u back :)

    ReplyDelete