Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Sunday, April 3, 2011

AnDaiNya LeLaKi TaHu~~


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andainya lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, March 31, 2011

SeKaDaR LuaHaN RaSa~



Adakala bibir tidak perlu berbicara tetapi cukup dengan gerak badan Kerana bahasa badan lebih ikhlas menceritakannya..

Sunday, March 27, 2011

If I LeT YoU Go~~


Day after day
Time pass away
N' I just can't get you off my mind
No body knows,
I hide inside
I keep on searching
But I can't find
The courage to show
To letting you know
I’ve never felt so much love before ~
And once again
I’m thinking about
Taking the easy way out ~
But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
Oh ~ Yeah ~
How will I know
If I let you go ~

Night after night
I hear myself say
Why can’t this feeling
Just fade away
There’s no one like you
(no one like you)
You speak to my heart
(speak to my heart)
It’s such a shame
We’re worlds apart
I’m too shy to ask
I’m too proud to lose
But sooner or later
I gotta choose ~
And once again
I’m thinking about
Taking the easy way out ~

But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
Oh ~ Yeah ~
How will I know
If I let you go ~
………………………………………..
If I let you go ~
Oh ~ Baby ~
……………………………………..
Ooh ~ Ooh ~
Once again
I’m thinking about
Taking the easy way out ~
But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
Oh ~ Yeah ~
How will I know
If I let you go ~

If I let you go ~
(but If I let you go)
I will never know
……………………
Will I ever see
You smiling back at me
Ooh yeah
How will I know…
If I let you go

Wednesday, March 9, 2011

MaaFkan DaKu WaHai SahaBaT~~


Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang melihat luka di mata kita ketika orang lain sedang tertipu oleh senyuman yang kita hulurkan ..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang paling kita percayai dan mampu untuk kita meluahkan segalanya tanpa rasa kesangsian dalam diri..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang sanggup melayan gelak tawa, melayan tatkala kegilaan diri melanda, bersama-sama mengejar kejayaan..bersama-sama melakar impian yang tak sudah-sudah diangankan..

Kadangkala kita perlu sedar bahawa teman adalah seseorang yang mampu untuk membuatkan diri tersenyum tatkala merasakan diri tak mampu lagi untuk tersenyum..

dan

Kita juga perlu sedar..
dalam persahabatan kadangkala tak terlepas dari terasa hati..
dalam persahabatan jua kadangkala tak terlepas dari kedinginan keadaan..
semua yang dirasakan buat diri rasa serba salah..
mencari-cari akan kesalahan sendiri..

sahabat..
maafkan aku..andai tingkahku melukakanmu..

Sahabat..
maafkan aku..andai tutur kataku menyakiti hatimu..
kadang kala aku tak sedar akan keterlanjuran tingkah serta tuturku itu..

benarlah,

“perkataan itu seperti ubat, jika sedikit berkata-kata memberi manfaat, jika terlalu banyak berkata-kata, nescaya membunuh”
~amru~

Oleh itu sahabat..
ingatkan aku untuk menjadi seorang sahabat yang baik..
usah diharapkan kesempurnaan dari diriku..
kerana..
aku tak sesempurna yang kamu harapkan..
terimalah seadanya aku..


seorang sahabatmu  yang hanya manusia biasa..

sahabat..
perlu kau tahu..
aku berbangga akan adanya kamu disampingku..
adanya kamu yang akan mengingatiku..
adanya kamu yang sentiasa menasihatiku..


"sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan, 10 pertanyaan, 100 keyakinan dan 1000 pengorbanan, serta berjuta-juta perjuangan atas satu keikhlasan kerana ALLAH..
andai seorang sahabat membuat kebaikan, ukirlah ia di atas batu, agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori terindah..
dan andai seorang sahabat membuat kesalahan, tulislah ia diatas pasir, agar ia hilang ditiup angin kemaafan..

sahabat..

still remember this?

"Friendship is like peeing your pants, everyone can see it, but you can feel it.."


Emm..
Would you like to be the pee in my pants?
If  “YES”..thanks for being the pee in my pants..

p/s : don't make my life silence without the sound effect from ESTIMA,KERETA API and also ALPHARD ok..

Saturday, March 5, 2011

DaH StaRt DaH~

Keasyikan yang melampau melanda diri..akhirnya, pencarian selama ni berhasil..tak sia-sia je usaha mencari..usaha?of coz la..jelajah mana tempat yang jual buku even kat sekitar UPSI ni je..tapi puas hati tetap dirasai..huhu

yeye!!yeye!!dah dapat!!dah dapat!!


hehe...akhirnya novel ni jadi hak milik hakiki diri ini..
"CINTA DARI ISTANA"

bukan tu je..


ni juga jadi milik diri ni yang sah..haha..
opss!!..mak..anak mak x bazir duit k..:)

ada lagi yang berkenan kat hati..baru baca sikit kat "PENULISAN 2 U"...masih usyar2..tapi harga dy boleh buat diri ni x makan seminggu pulak kang..^_^


tengok respons dyorang2  kat "KELAB PEMINAT NOVEL"..jadikan diri ni x sabar nak memiliki..tapi..masih bersabar..

ada lagi satu..minat hasil karya dia ni..
karya
"SITI ROSMIZAH" 

kalau dulu novel "ANDAI ITU TAKDIRNYA" dah buat diri ni meleleh je air mata..
yang ni maybe..


so, novel ni x usaha lagi nak dapatkan..tunggu kewangan stabil sikit..huhu..
kalkulator baru lagi penting lina!..
opss..ada kena mengena ke?
ada..duit terbang beli kalkulator xpe..hehe

juz excited dah dapat novel pilihan hati..baru je bukak sampul dy tengah hari tadi..
even dah 3 hari beli..
then, balut elok2..dah balut..nak baca..
tapi..
xmo..xmo..assignment statistics x settle..
terbantut hajat nak sambung baca..
tutup balik..tenung jap..
then,terus simpan kat rak buku..
masa x mengizinkan..
huhu..rasa sadisnye..

ish2..ape merepek petang2 ni..
dah r..xmo cite panjang..t ada yang jeles..

p/s : kak ana..xmo jeles k..nak baca CINTA DARI ISTANA ni, tunggulah kepulangan adikmu ni ye..kui3