Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Friday, November 19, 2010

TagGed qUesTioNs~~

Soalan yg ditag oleh intan luqluq <3 chotchet a.k.a kembar kat UPSI..


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
benda ea..of coz la handphone & my laptoP..xde dy susah hidup..:)

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?

bagasi baru yang lagi besar punye!!..senang nk angkut harta benda kat KHAR bawa balik johor..xyah susah2 angkat beg RM* cam aritu..patah bahu dey..=P

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nnti?
kat rumah sudah la..huh?xmuat?dewan depan rumah pun ada xkan nk buat perhiasan kan..huhu..tema,biasa2 je...tp colour..nk warne coklat2 cantik(xdapat nk explain dgn kata2) @ ungu inner shine..huhu

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
hurmm..masih xjumpa jawapan..

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
kekasih ea?kekasih a.k.a suami..nak mencintai dy selamanya..insyaALLAH..

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
hurrmm..dalam mimpi kot..huhu:)

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?
Novel "Andai Itu Takdirnya" karya Siti Rosmizah

8. Apakah nama penuh korang?
LINA HAMIZAH BINTI RAHMAD :)
 
9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
mak la..semua cite confirm roger kat mak dulu..soal hati,jantung,etc..t dapat semua green light..abah mesra time call je..coz kalau depan mata segan..huhu

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang

orang ea??kalau makhluk asing boleh x??huhu..ramai la..x boleh nk tag nama sorg2..tp ada satu je special..apa dy.."seseorang yg tulang rusuknya ada pada sy sekarang"..cepat2 cek..agakk2 sape pemilik tulang rusuk tu..huhu;)

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
kat KHAR basuh sendiri,tp kalau dah banyak sgt mesin jela..hehe..kat rumah??mesin ada..rosak kang kalau x guna..huhu

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Mekah..InsyaALLAH 1 hari nanti..dan "....."..
 
13. Pilih salah satu, peluk atau cium?

*secret*..haha

14.3 tentang orang yang tag korang?..
*kenal 1st time : duduk sebelah2 kat SITC..masuk harini 18-11-2010 adalah hari ke 137 kitaorg mengenali & mengetahui..hope kekal hingga ke akhirnya~InsyaALLAH..
*kembar kat UPSI..g mana2 semua dengan dy..sahabat susah senang..memahami sy..baik..
*susah nk senyum,tp lau dy dah buat giler..mmg confirm sy turut giler~~haha.

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
Handphone,laptop,spek a.k.a mata kedua,jam tangan,koleksi buku2 kesayangan..


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
Suaraku Berharap (Hijau Daun), Cinta Dalam Hati(Ungu), Cinta Terakhir (Aiman), Seadanya Aku (Nubhan), I'm Here Without You (3 Doors Down)
*sesaje layan jiwa2..huhu

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
30 Mei 1991..kat KMJ..1st time ada member disisi..mean classmate..b4 ni time birthday confirm cuti sekolah..time birthday ni jg ada orang merajuk dengan saya..sapa?sayang saya..huhu

18. 5 orang blogger yang korang nk tag
Aini, Syazmil, Kak Aisya, Kak Ana, Kak Mardhiah..

19.cerita sikit bloger yang pertama korang tag.
* Nurul Aini Nasir
* bestfriend @ MRSM Batu Pahat..
* dah x single :)

p/s: pada blogger yg ditag namanya tu..kalau nak jawab cuma copy paste soalan..jwpn saya nanti delete je.. k selamat menjawab..hehe ^_^

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN- SEMOGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT


- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Friday, November 12, 2010

Aku , MySis dAn UpSi..

mula2 cool lagi la..masih boleh fikir2 nk amik subject ape semester depan..yang pasti mesti ada geng dalam 1 group tu..tu yang pakat dengan Intan Nurazlin (kembar kat UPSI) amik same group..

ok..dah settle buat 4 backup jadual untuk semester depan..happy la..lalala~~
tinggal tunggu nak daftar subject tu je..

ready dah kat depan laptop ni nk daftar subject..tp line pulak xde..huhu..dugaan betul..
so,kena buat esok la nampaknya...lalala~~

malam 10-11-2010..masih nyenyak lagi tido..x hirau lagi dah pasal daftar subject..coz ingat..esok masih ada..then..sampai pagi sedap tido tanpa gangguan..huhu

pagi 10-11-2010..mulakan pagi dengan ceria..padahal hati cuak..mana xnye mesti member2 lain dah settle daftar subject..tp rupanya..xsettle jg..

adoi..camne ni..so,bukak la laptop..mengonline kat www.mysis.upsi.edu.my..
loading.............~~~~~lamanya...sabar lagi..

agak2 dah lama bertapa kat depan laptop ni..mula la buat muka tempe..ish2..madah loading je..bile nak masuk..sabar lagi~~

penat r dah tunggu..bosan~~nampak phone..call la abang sayang  abah & mak tersayang..bual dengan mak abah..luah geram..mak abah juga yang kena dengar..minta la doa dyorg biar cepat settle..

then,dengan excitednye..sambung la tengok laman tadi..ada perubahan ke x..mana tau dah boleh masuk..mudah2an ok dah..

aaarrrgggghhhh!!!pe ni xdapat masuk2 lagi..adoyai..bikin panas je..

xpe la..sabar kan separuh dari iman..so pe lagi..amik la buku..nak membaca..kononnya baca la..tp..

apa ni..satu ape pun x masuk kepala..haha~~asyik teringat nak daftar subject tu je..hurrmm~~
camne nk focus ni..

xboleh jadi ni..study x masuk2..daftar subject pun xmasuk2 jg..kacau orang sedap ni..haha~~
kat otak ada plan jahat..haha~~toleh kiri~toleh kanan..yah..ada mangsa..haha~

maaf ye budak kecik..so,pe lagi..nyakat anak sedara..
melalak budak tu dibuatnya..huhu~~settle..dah nangis..tinggal.. malas nak layan..haha~

tengok lagi..xmasuk lagi..reload dah banyak kali..bosan~~dancing2..giler betul..yeah..release sikit tension+giler..

bila dah berlarutan sampai malam..sapa x penat..lepak..tadi boleh tahan lagi..now..macam nak give-up..tapi..ada penguat semangat..so,masih bersabar lagi..

punya sabar menunggu..sampai tertido2 depan laptop..sabar~~last2..sampai pagi juga..masuk arini dah 3 hari laptop x off...asyik sleep macam cik tuan dy ni..

harini 11-11-2010..lepas mandi..sejuk~~segar~~semua rasa ada..
then,ngadap laptop lagi..tengok apa perubahan..

berharap sangat harini ok..dapat masuk...excited dah ni..

hurrrmm~~nape x boleh lagi ni..xpe..sabar~~

penat tunggu..nape masih xboleh..dan x boleh..sabar lagi~~

adoyai..sakit dah pinggang ni..duduk lagi lama dari biasa..~~

penat!!xsanggup dah nak ngadap benda ni..menghabiskan masa betul~~
ceh,tau menghabiskan masa..selama ni kalau on9 FB..tahan je..huhu..padan dengan muka aku..

dah xtahan..cam nak nangis je..ya Allah nape macam ni..mak~~abah~~..hmmm..

Oops!Google chrome cannot connect to mysis.upsi.edu.my
tidak!!!!

sampai satu tahap...x boleh sabar dah..aarrrgghh..geram!!geram~~~

semua orang kena marah time ni..haha...jadi drakulalalala jap..cam hantu nyang rapik  hulk pun ada..tapi..xde sapa pun kena marah sebenarnya..coz xde sape kat rumah ni ,sume g keje..kakak??dy nak layankan budak tengah giler baik camni..xpayah la..

muka masih tegang..cam zombie pun ada..kalau intan ada kat sebelah..memang confirm kena hentam dengan dy..coz buat muka tegang..huhu~

hurmmm.arini dah bape jam duduk cni..dah tenang ckit x marah2 dah..coz..td tengah sedap2 tgk2 Fb..ada la member (jiehah ishak) upload pic ni..never ever ever give up..so,x mo r give up,give up..rasa sejuk sikit otak..xpe..sikit je ni dugaan..sabar ea..


last sekali..xde benda pun..juz story pasal nak register subject ni je..buat member2 upsi semua especially rakan2 AT48, housemate 1-6-2 , rakan ECXO & PRD..meh la kita same2 bersabar ye..sekian sahaja... 

Thursday, November 11, 2010

:: Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda ::


PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....




Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)





Tuesday, November 9, 2010

SiaPaKah aKu diHatiMu??..


Di waktu-waktu kesunyian
Kusering terfikir di mana letak diriku di hatimu
Jawapan yang tidak pernah ku terima
Dalam diam kau berikanku harapan
Kau sinarkan kebahagiaan
Namun tiada kepastian
Tiada ketetapan untukku berpegang kasih
Adakah kau jua sepertiku
Memikir dan merindu saban waktu
Atau hanya hati ini sendiri
Memandang bintang di langit
Sinarnya hanya dari kejauhan
Sememangnya cinta tidak semestinya bersatu
Walaupun rindu ada..