Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Thursday, April 14, 2011

PeRteLinGkaHan HaTi


Kadang-kadang hati salah menduga.. Fikiran menyokong membenarkan apa saja.. Emosi turut sama mengorak kata.. Melakukan sesuatu yang tak terduga.. Bukan kerana cemburu buta.. Hanya perbincangan yang dapat menyelesaikannya..Maaf atas segalanya..Thanks for understand me..Just wanted you to know..A part of me will always miss you...

~ Sekadar cebisan rasa ~

Sunday, April 10, 2011

SeDeTiK LeBiH~



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu




AlhaMduLiLLah~


Alhamdulillah..syukur pada ilahi..masih berpeluang nak mencuri masa untuk updated blog ni..rasa dah bersawang pun ada..minggu-minggu akhir sebelum menutup tirai semester 2 ni sangat-sangat la mencabar minda..dugaan banyak betul..sehingga rasa tak termampu nak menanggungnya..okey!cukup la tu mukadimah dy..

Niat hati nak balik dah tercapai!walaupun rasa banyak betul dugaan yang datang macam nak menghalang diri daripada balik..siap boleh senaraikan dengan intan..class yang patutnya xde next week, wujud pulak..aishh..baru nak balik lelame..xpela..pastu..dapat memo dari lecturer..assignment advanced calculus dy x dapat lagi..ayo!lagi satu problem..mana hilang dey..dah hantar dah..siap cukup saksi lagi..hmm..so,terpaksa la buat balik semula..dalam buzy2 tu siapkan..hantar..xpe..dugaan..then,aktiviti biro..majlis hari keluarga..tup3..dapat bahagian ketua protokol..hurmm..mencabar sikit..camne nak balik ni..nak balik juga!so,settlekan keje!..buat member-member..maaf x dapat menjoinkan diri ini..

Balik kali ni macam bidang terjun..main sumbat je apa yang dapat kaut..bas pukul 1.30 petang..1.15petang masih ngadap assignment..ikutkan hati time tu,nak cancel dari balik..tapi..tiket dah beli..mak abah pun dah tunggu..so,angkut la beg turun bawah..ishh..ingat beg ringan..berat! :P yela nak clearkan barang-barang la katakan..

Sampai kl xtau pukul bape..naik train pun melayang je..nasib pakai sandal je..cam xde nyawa ye..mana kekuatan saya :(..rindu!!..balik kali ni memang sempoi la..sampai TBS..encik mana ntah tahan laluan..ayo!pe kes!nak kasi speech?okey!memandangkan penat..duduk r sekejap..dengar je r ape yang dy nak cakapkan.."asal sorang ni cam sedih je".."suka minum air 100plus, demam ke?"..eh,berkata-kata pulak encik ni..lebih! kira ok r nak dengar kan...suka hati r nak buat muka tempe ke pe..nak suka minum air ape..tawaran encik baik punya! tapi sorry r encik, sekarang kami dah tak percaya baik manusia dah..nak try kad bank kami..helo!..kena sedut duit kami x pasal-pasal..okey!dah penat.."maaf la encik..kami x berminat la..thanks k.."chaw!..

Waa...teruja jap..1st time sampai TBS..cam airport pun ada..teruja sikit..ngeh3..beg?berat giler!..tanya-tanya security..x tanya sesat jalan..jangan berlagak bijak kalau xtau..kena ngaku..ngeh3..sempat lagi cakap dengan security tu pasal troli..

Security : dik..beg tu..angkat pakai troli la..ada kat pintu depan tu..amik la..
Aq : ada troli eh..yeke..xtau pun..troli cam kat pasar tu ke?
Security : ape troli kat pasar..upgrade sikit..amik je..
Aq : owh..okey! thanks!
* xamik pun troli tu..beg satu je nak troli2 segala..buat segan! huhu..

Misi : cari surau, toilet n makanan ~

Kaki memang dah terasa sakit dari tadi..tengok..mak aii..lebam dah betis..xpela..kalau nak balik memang semua anggota badan ni terdera dengan tuannya..sabar je eh..pukul 6 sharp..naik bus..akhirnya..penyeksaan selesai..xpayah angkat beg lagi..huhu..^_^.. 

Sampai kota pukul 10 malam..xde sapa tunggu lagi..sadisnya..phone memang buat hal je..memang tahap nak masuk muzium negara la tu dah..xpe2..t balik daftar masuk muzium eh *melalut!..yes! abang & adik sampai juga akhirnya..20 minit gak menunggu..thanks intan & family masih setia temankan..sampaikan siap nak hantar balik..eh, xsempat pulak..:)..

Cam biasa..sampai rumah..mesti kena ngutuk dengan abang.."tiap kali balik beg berat macam bawak batu..".."seludup batu ke pe dik?"aik..ingat penyeludup ke ape.. :P..malas nak layan..makan!

Now, settle dah register course untuk semester depan..alhamdulillah..x banyak masalah cam sebelum-sebelum ni..sampai 3/4 hari nak setlle...tapi kali ni 50 minit je..:)

bukti telah meng"add"

jadual semester depan

Okey! alhamdulillah..just wait untuk balik kota semula..xsempat berbual dengan mak abah lagi tadi..selesai..sekian..:)

Sunday, April 3, 2011

AiR MaTa SeoRanG WaNiTa ~


Seorang perempuan takkan mudah menangis kalau bukan kerana sayang. Air mata tu bukan mewakili benci tetapi juga sayang. Benci dan sayang itu bezanya senipis dan sehalus rambut.

AnDaiNya LeLaKi TaHu~~


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andainya lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. 



Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.