Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Saturday, September 24, 2011

Letak Facebook Comment Box

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera semua...

Updated blog lagi meh...Kali ni dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan bahawa diri dah berjaya memasang facebook comment box..Banyak kali dah cuba cari tutorial macam mana  nak pasang facebook comment box dalam blog ni , masih tak jumpa2.. Tapi alhamdulillah.. Berkat suka sangat menggali kat Pakcik Google ni.. Akhirnya.. Jumpa juga blog "Dunia Seorang Remaja" yang sudi berkongsi tutorial cara-cara nak pasang facebook comment box dalam blog ni.. Berminat nak tau lebih lanjut? Meh klik sini ==> "Tutorial Letak FB Comment Box Dalam Blog"..

^
Kalau nak tau..ni la hasilnya..Ni comment box FB..Komen yang dibuat melalui facebook..0 lagi komennya..

^
Kalau yang ni pula..comment box Blog..Komen daripada Blogger.. :)

Cuba tengok gambar kat bawah ni..
V



Okey? Xpaham apa yang ditunjuk sebenarnya? Untuk pengetahuan, kotak yang warna biru tu menunjukkan paparan kotak komen tu x aktif , yang kotak coklat tu pulak kotak komen yang aktif..  Hanya untuk bezakan je..Tak ada apa-apa sebenarnya.. Warna background boleh ditentukan atas pilihan sendiri.. Juz tukar kod warna je.. :)

Okey..dah tengok hasilnya..Puas hati dah dapat pasang..

^
ucapan terima kasih buat pemilik blog yang buat tutorial ni..

Okey..Finish..Nampaknya jam menunjukkan 3.17 pagi sudah.. Esok ada kelas lagi.. Nak pipe down dulu.. Peace ^_^ v

p/s :  warna background tu macam x bape comel rasanya..huk3..t ada masa nak comel2kan lagi.. :)

Saturday, September 17, 2011

HeNtiKanLah AiR MaTaMu ItU ~

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Alhamdulillah..bersyukur kehadrat Ilahi atas segala limpah nikmat yang diberi.. Kadang kala ALLAH uji kita dengan dugaan yang kita sendiri rasa tak tertanggung.. Hidup sebagai manusia yang bergelar hamba memang tak terlepas dengan ujian.. Dalam usaha diri untuk belajar bertatih, adakalanya kita jatuh terduduk.. Dikala diri menguatkan kaki untuk mula berlari,terkadang jatuh tersungkur tanpa siapa simpati.. 
Begitulah kehidupan...Oleh itu, entry kali ni sekadar perkongsiaan untuk semua..Mari sama-sama kita membaca dengan penuh penghayatan.. :)



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Suatu hari, seorang anak muda yang sedang putus cinta menangis di atas buaian satu sudut sebuah taman permainan. Tiba-tiba datanglah seorang Pakcik tua lalu bertanya kepadanya, “Kenapa kamu menangis wahai anak muda?.. hentikanlah air matamu.”

Anak muda itu menjawab, “Aku sangat sedih , kerana dia meninggalkan aku.”

Lalu Pakcik tua itu tertawa sambil berkata, “Wahai anak muda... kamu bodoh sekali!”

Pemuda itu tersentak lalu bertanya kepadanya, "Kenapa berkata begitu.? Aku sedang putus cinta dan sudah cukup menyedihkan bagiku, tidak mengapa andai Pakcik tidak mahu memujukku , tetapi jangan sesekali mentertawakan aku.”

“Bodoh!.. sebenarnya kamu tak perlu bersedih, kerana yang harus bersedih adalah dia,” kata Pakcik tua itu.

Pemuda itu hairan lalu bertanya lagi, “Kenapa dia yang perlu bersedih, bukankah dia yang meninggalkan aku?”

“Kamu hanya kehilangan orang yang TIDAK mencintaimu, tapi dia kehilangan orang yang SANGAT mencintainya,” jawab Pakcik tua lantas menepuk bahu anak muda itu dan terus berlalu pergi.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan..
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat..
~Hamka~

Biarkanlah CINTA tak berbalas, bila memang harus ku nikmati CINTA hanya sebatas mimpi..
Bangkitlah wahai diri..Usah bersedih atas apa yang terjadi..Sedarlah wahai diri, ada banyak hikmah yang tersembunyi disebaliknya yang tidak dirimu sedari.. Dan belajarlah untuk senyum kembali..

Sekian..Wassalam..

1 : SeLaMat HaRi MaLaySia : 1


Assalamualaikum & hye semua..

Hampir 4 bulan tidak meng"updated"kan blog..begitu tidak menyempatkan diri ye..apapun..Alhamdulillah masih diberi ruang & peluang untuk melakukannya.. :)..4 bulan yang penuh suka dan duka, jatuh bangun..ahaha.. Sebelum ruang dan peluang yang diberi ni diisikan..Rasanya x terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA :) maaf zahir dan batin :).. & SELAMAT HARI MALAYSIA :) .. Keranamu Hatiku Malaysia.. I'm proud to be MALAYSIAN :)