Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Bila dengar lagu ni..mengalir lagi air mata anak mak ni..
mak..
ingat lagi mak cakap masa lina call hari khamis lepas (13-01-2011)..
mak : "lina,tau x sabtu (15-01-2011) ni ada apa?"
lina : "kenapa mak?"
mak : "doakan mak panjang umur ea" then dengar suara sebak mak"..
hurmm..tang ni buat diri ni nak mengalir air mata..menitis lagi air mata ni..:'(
then ayat tenang je jawab
lina : "owh..mak ni..lina sentiasa doakan mak..xmo la sebak-sebak camni..t lina nangis kang.."
hujung tu selit sikit gelak kecik..tapi dalam hati..xsapa yang tau...juz nak buat mak gembira semula..
sambung lagi..
lina : "mak..lina tau..mak ingat sabtu ni hari lahir mak ea..hari lahir mak sabtu depan la..sabtu ni baru 15 haribulan mak.."
mak : "owh..iyalah..belum lagi ea..mak lupa"
lina : " belum lagi mak..next week..nape..mak nak hadiah pe..kat cni ada karnival..nak tudung lagi tak?"
mak : "x la..xpayah beli apa-apa..simpan je duit tu.."
lina : "ok mak.."
then..puas borak dengan mak..pas pulak phone tu kat abah...hurmm..cam biasa..nasihat dari abah..jadi penguat hari-hari seorang anak bergelar pelajar..
mak........
rindu sesangat..dah lama tak dengar suara mak kan..sehari tak dengar suara mak..serasa tak ada kekuatan..inikan hampir seminggu..tiap-tiap pagi , tang tunggu bus , selalu call mak dulu..tapi..start seminggu lepas..selalu masuk voice mail bila call....hurmm..hampa je rasa..
kadang-kadang dah geram..jerit kat phone tu..i xmo cakap dengan you la operator..saya nak mak saya!!
kadang-kadang dah geram..jerit kat phone tu..i xmo cakap dengan you la operator..saya nak mak saya!!
Ya ALLAH..betapa rindunya pada mak..hanya tuhan je yang tahu..
mak..esok lina try call lagi eh..sayang mak!! ^_^
[mak ajar..jangan cepat putus asa]
hurmm..sekadar selingan imbauan memori..rindu anak kepada mak..
hari ni [22 Januari 2011] ulang tahun kelahiran
mak yang ke-61..
mak..lina x pernah lupa..semoga mak dipanjangkan umur..diluaskan rezeki..diberkati ALLAH..dan sentiasa diberi kesihatan yang baik..alhamdulillah..mak masih diberi kesihatan dan kekuatan untuk berdiri semula..
mak.........
jangan pernah menyesal atas segala dugaan yang mak terima ye..
Semoga mak sentiasa tabah..anak-anak mak sentiasa ada membantu mak..
Ucapan dari anakmu..
Selamat Hari lahir Mak…
Semoga sentiasa dalam naungan Rahmat-NYA…
@-)---
Semoga sentiasa dalam naungan Rahmat-NYA…
@-)---