Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Tutorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

:: Jom Share Link Kat Sini ::

AmaCam Suka x BloG ni? KaLau LiKe..KliK la ButTon LiKe Tu?

Thursday, November 11, 2010

:: Perkara-Perkara Yang Membuat Kita Hilang Ingatan Dan Tumpul Minda ::


PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin (100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imaginasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....




Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  
  Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ila ngkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."
  (Surah Al-Ahzab:71)





Tuesday, November 9, 2010

SiaPaKah aKu diHatiMu??..


Di waktu-waktu kesunyian
Kusering terfikir di mana letak diriku di hatimu
Jawapan yang tidak pernah ku terima
Dalam diam kau berikanku harapan
Kau sinarkan kebahagiaan
Namun tiada kepastian
Tiada ketetapan untukku berpegang kasih
Adakah kau jua sepertiku
Memikir dan merindu saban waktu
Atau hanya hati ini sendiri
Memandang bintang di langit
Sinarnya hanya dari kejauhan
Sememangnya cinta tidak semestinya bersatu
Walaupun rindu ada..

Friday, November 5, 2010

CinTa sUcI @ tUluS @ iKhLaS?

Assalamualaikum...

(sekadar memetik attachement dari seorg teman... semoga terdetik sesaat di hati utk difikirkan bersama..Wallahu 'Allam)

I LOVE U... I MISS U... AKU CINTA PADAMU...

Inilah sebahagian drpd ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.

Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' bererti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran

"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya... " Al-Maidah, ayat 54

" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu... " Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau macam mana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya, InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'.

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup antara 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda?

Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta?

Atau...

adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci?

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian

Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN...

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah kerana sesetengah drpd sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan seperti cinta antara 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...

Tetapi, nikmat cinta itu lahir seperti cinta Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai SAHABAT...

Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah...


Thursday, November 4, 2010

tEsT Maths...=)

hurrmm...tido sedap dari layan test ni~~huhu
ketika kebosanan n mengantok mula melanda diri ni..tindakan pantas perlu diambil!!!..huhu..ape lagi, layan baca artikle,cerpen n novel bersiri kat net ni la..tetibe jumpa soalan math ni..xtau la kalau anda2 semua pernah  baca b4 ni..agaklah memeningkan kepale dan menyerabutkan otak..hehe..so,pada sesiapa yang berminat nk baca silakan menyerabutkan otak & memeningkan kepala anda..agak2 tau jawapan logik dy..please share with me k..

TeSt mAth siTuaSi pErTamA
J xde duit
Dy nak beli baju yang berharga rm50.
Dy pinjam kat kawan A RM25 dan dy pinjam kat kawan B RM25
so dy pegi la nak beli baju tu.
masa dy pegi. dy tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga RM45.
dy bayar then dy dapat baki RM5.
dy bagi kawan A RM1 dan dy bagi kawan B RM1.
dy tinggal RM3.
dy hutang kawan A RM24 dan dy hutang kawan B RM24.
so dy hutang RM48.
dy ade RM3 skarang.
RM48+RM3= RM51
kenapa boleh ade RM51? sedangkan die pinjam RM50.?

TeSt mAth siTuaSi keDua
J xde duit
Dy nak beli baju yang berharga RM50.
Dy pinjam kat kawan A RM25 dan dy pinjam kat kawan B RM25
so dy pegi la nak beli baju tu.
masa dy pegi. dy tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga RM44.
dy bayar then die dapat baki RM6.
dy bagi kawan A RM2 dan dy bagi kawan B RM2.
dy tinggal RM2.
dy hutang kawan A RM23 dan dy hutang kawan B RM23.
so dy hutang RM46.
dy ade RM2 skarang.
RM46+RM2= RM48
mana lagi RM2?

TeSt mAth siTuaSi kETiGa
J xde duit
Dy nak beli baju yang berharga rm50.
Dy pinjam kat kawan A RM25 dan dy pinjam kat kawan B RM25
so dy pegi la nak beli baju tu.
masa dy pegi. dy tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga RM47.
dy bayar then dy dapat baki RM3.
dy bagi kawan A RM1 dan dy bagi kawan B RM1.
dy tinggal RM1.
dy hutang kawan A RM24 dan dy hutang kawan B RM24.
so dy hutang RM48.
dy ade RM1 skarang.
RM48+RM1= RM49
kenapa boleh ade RM49? sedangkan die pinjam RM50.?
ke mana hilangnya lg RM1?

*confuse kan kepale otak..hehe..so..fikir2kan lah..huhu =)

stRuGgle fOr eXceLLeNCe...


Selamat Menghadapi Peperiksaan Wahai Sahabatku Sekalian...Good Luck for Ur Exam...Semoga tenang dan mudah dalam menempuh peperiksaan ini dan mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya..apapun usaha itu penting!! Struggle for excellence...=)

"Tiada sesuatu urusan itu mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau kehendaki..Mudahkan urusan peperiksaan kami Ya Allah.Terangilah hati-hati kami Ya Allah dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan matahari-Mu.."